Siapakah Penulis?

JAMILAH TAIB berkelulusan ijazah sarjana muda komunikasi massa (Kewartawanan) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 1990. Selain itu, beliau memperoleh ijazah sarjana dalam bidang komunikasi korporat Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2006. 

Jamilah memulakan kerjaya di bidang media dengan menyertai TV3 sebagai pewarta antarabangsa untuk rantau Indochina berpusat di Phnom Penh, Kemboja selama 7 tahun dari 1993 hingga 1999. Sekembali ke tanahair, beliau menyertai Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA) dan beliau dipinjamkan ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) selama empat tahun dari 2000 hingga 2004.

Setelah menamatkan pengajian sarjana, Jamilah melebarkan kerjaya beliau dengan menerbitkan program dokumentari televisyen untuk TV1/RTM, ASTRO dan Filem Negara Malaysia (kini diserapkan di bawah FINAS) Jamilah terpilih sebagai salah seorang penerbit muda di bawah program FIRST-TIME FILM MAKERs kolaborasi Discovery Channel dan FINAS pada 2008. Beliau kemudiannya terpilih untuk mengetuai Bahagian Komunikasi Korporat, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 2009 hingga 2010 dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan pada 2011 hingga 2014. Namun semangat menulis buku tidak pernah padam.  Minat menulis yang membara  mendorong beliau untuk  menjadi penulis bebas sepenuh masa. 

JAMILAH TAIB graduated with a bachelor’s degree in Mass Communication (Journalism) from Universiti Teknologi  MARA (UiTM) in 1990. In addition, she obtained a master’s degree in Corporate Communication from Universiti Putra Malaysia (UPM) in 2006.
 
Jamilah began her career in the media by joining TV3 as an international reporter for the Indochina region based in Phnom Penh, Cambodia for 7 years from 1993 to 1999. Upon returning to Malaysia, she joined The National News Agency (BERNAMA) and was seconded to the National Security Council (MKN) for four years from 2000 to 2004.
 
After completing her master’s degree in Corporate Communication, Jamilah expanded her career by producing television documentary  programs for TV1/RTM, ASTRO and Filem Negara Malaysia (now incorporated under FINAS). Jamilah was selected as one of the young producers under the FIRST-TIME FILM MAKERS project organized by FINAS and Discovery Channel in 2008. She was later selected to lead the Corporate Communication Division, Ministry of Home Affairs (KDN) from 2009 to 2010 and Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) from 2011 to 2014. However, her deep passion for writing books never faded. Her strong interest in writing led her to become a full-time freelance writer.

Tinta Jamilah

Kepelbagaian pengalaman dalam kerjaya saya baik di bidang komunikasi massa mahupun komunikasi korporat, baik dalam negara mahupun di rantau orang, membuat saya bagai diseru-seru untuk menulis.  Sayang sekali jika saya biarkan skil dan minat yang ada ini berkubur begitu sahaja. Tunjang karya saya adalah non fiksyen menjurus kepada warisan, sejarah dan budaya. Semoga memberi kebaikan dan manafaat kepada semua.

Jamilah

Writer’s Notes

The multitude of experience gained in my career, both in the field of mass communication and corporate communication, locally or abroad, prompted me to write. It would be my great regret if I were to allow these skills and interest of mine go to waste. The core of my work is non-fiction focusing on heritage, history and culture. Hopefully my books will bring goodness and benefit everyone.

Jamilah

Seri Karya
  • +6019-391 8220
  • admin@butikbuku.com
  • jtaib@butikbuku.com
  • No. 18, Jalan Nova U5/89
    Bandar Pinggiran Subang 
    40150, Shah Alam 
    Selangor
Ikuti Kami
© 2025 Butik Buku. All rights reserved.