ISBN: 978-629-95287-3-9
HARGA:
Semenanjung Malaysia – RM170.00
Sabah / Sarawak – RM180.00
Pantai Timur Semenanjung Malaysia merangkumi tiga buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ketiga-tiga negeri ini mempunyai jajaran pantai yang cantik, terbuka dan panjang yang mengadap Laut Cina Selatan. Pantai negeri Kelantan dan Pahang pada pemikiran penulis sangat istimewa kerana mempunyai monumen perang rakaman peristiwa Perang Dunia Kedua (WWII) yang berlangsung sekitar tujuh tahun bermula pada 1hb. September 1939 sehinggalah 2 September 1945. Monumen yang dimaksudkan ialah kubu-kubu pantai atau bunkers atau pillboxes yang ditinggalkan oleh penjajah British. Di kalangan penduduk setempat kubu ini sinonim dengan nama ‘Kubu Jepun’ walhal British yang membinanya menggunakan tenaga kerja dari kalangan askar upahan mereka seperti Punjab, India dan Gurkha.